Cara Memandu Kenderaan, Elak Kemalangan

Cara Memandu Kenderaan, Elak Kemalangan

Memandu kenderaan di jalan raya semestinya berhadapan dengan pelbagai risiko kemalangan. Hal ini kerana, tidak semua para pemandu memandu dengan cara yang sama, apatalagi jika tidak memiliki lesen memandu yang sah.


Cara Memandu Kenderaan,
Elak Kemalangan



Cara pemanduan setiap individu adalah berbeza antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian, berikut adalah antara cara memandu kemderaan di jalan raya dan mengelakkan daripada kemalangan;

  • Kondisi kenderaan
Kondisi kenderaan adalah merujuk kepada struktur kenderaan yang di gunakan samaada berada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Kenderaan haruslah sentiasa di selengara sebelum di pandu di jalan raya. Ia adalah sangat penting bagi mengelakkan kenderaan tiba - tiba terbabas disebabkan posisi serta struktur tayar  yang tidak baik dan telah usang.


  • Memandu mengikut had laju yang ditetapkan
Pemanduan yang bijak haruslah mengikut had laju yang telah di tetapkan oleh pihak berwajib bagi kawasan - kawasan jalan raya, ada yang kelajuannya 50k/jam, 100km/jam dan lain - lain lagi. Had kelajuan yang ditetapkan adalah mengambil kira struktur jalan dan kekitarnya. Memandu mengikut had memberi kesan positif bukan sahaja kepada kemalangan, malahan juga kepada penjagaan kenderaan dengan lebih lama.


  • Mematuhi peraturan - peraturan pemanduan 
Tindakan sentiasa peka kepada peraturan - peraturan sebelum dan semasa pemanduan seperti memakai tali pinggang, dan memberi signal atau lampu amaran lebih awal semasa membelok ke kiri atau kanan adalah satu tindakan bijaksana dan membantu pemandu lain agar terhindar daripada kecelakaan kemalangan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian