Guru Dan Kitab Imam Syafie

Guru Dan Kitab Imam Syafie

Imam Syafie merupakan salah seorang ulama tersohor. Beliau yang tidak asing lagi, merupakan pengasas mazhab syafie yang menjadi rujukan utama bidang fikah di negara ini khususnya. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar dalam dunia islam.

Imam Syafie telah berguru ramai guru, yang disebut dibawah ini, adalah beberapa nama sahaja yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap agama, mereka terdiri daripada mufti, kadi, ulama hadis, ulama fikah.

  • Dari Kota Makkah
Sufyan bin ‘Uyainah
Muslim bin Khalid Az-Zanji
Sa’id bin Salim Al-Qaddah
Daud bin Abd Rahman Al-‘Aththar.
Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Daud.

  • Dari Kota Madinah
Malik bin Anas
Ibrahim bin Sa’d Al-Ansari
Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi
Ibrahim bin Yahya Al-Aslami
Muhammad bin Sa’id
Abdullah bin Nafi’ ash-Shaigh

  • Dari Kota Yaman
Muthraf bin Mazin
Hisyam bin Yusuf.
Umar bin Abi Salamah
Yahya bin Hasan

  • Dari Kota Iraq 
Waki’ bin Al-Jarrah
Abu Usamah Hamad bin Usamah
Ismail bin ‘Aliah
Abdul Wahab bin Abdul Majid


akumuslim

Guru Dan Kitab Imam Syafie




Berikut Adalah Kitab - Kitab Tulisan Imam Syafie;

1. Ikhtilaf al-Hadits. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie untuk membincangkan tentang kehujahan hadis ahad secara khusus. 

2. Al-Hujjah. Kitab ini ditulis ketika beliau mengajar di Baghdad, Iraq

3. Al-Mabsuth. Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie yang menghimpun beberapa tambahan dalam ilmu fiqh.

4. Al-Umm. Ini merupakan karya Imam Al-Syafie sewaktu beliau mengajar di Mesir. Kitab inilah yang membentangkan Qaul Jadid (pendapat baru) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.

5. Al-Risalah. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie atas memenuhi permintaan Abdurrahman bin Mahdi.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan