Team building adalah salah satu aktiviti luar yang dilakukan secara berkumpulan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan membawa halatuju pasukan.
Aktiviti luar seumpama ini sering dilakukan oleh kakitangan agensi kerajaan ataupun swasta. Ia boleh dilakukan di tempat atau kawasan riadah atau kawasan lapang, dan di pimpin oleh seorang pelatih yang bertauliah.
Kebaikan Aktiviti Team Building |
Lazimnya, aktiviti seumpama ini banyak memberi kelebihan atau kebaikan berbanding keburukan. Berikut adalah antara kebaikan aktiviti team building, antaranya;
- Membina jadi diri dengan lebih baik
Aktiviti team building sangat bermanfaat kerana ia boleh membina jati diri seseorang daripada kurang berkeyakinan kepada lebih berkeyakinan. Tahap keberaniannya akan lebih terserla berbanding kebiasaanya.
- Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama pasukan
Kelebihan melaksanakan team building boleh mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli atau pasukan. Ikatan silaturahim yang baik dan harmoni dapat di bentuk dan dikekalkan dengan lebih mampan.
- Merehatkan serta menghilangkan tekanan
Melakukan aktiviti team building di kawasan lapang dengan pelbagai aktiviti boleh membantu merehatkan minda serta memghilangkan tekanan yang saban hari di rasai semasa bekerja. Aktiviti seumpama ini mampu menjadikan rohani dan jasmani untuk lebih sihat dan cergas.
- Memupuk semangat pasukan dengan lebih utuh
Semangat sepasukan dalam melaksanakan sesuatu kerja akan lebih utuh dan kukuh. Halatuju dapat dibentuk dan dikekalkan bersama demi mencapai kejayaan yang di rancang dan di idamkan. Melalui team building ia mampu meningkatkan semangat ahli dalam pasukan untuk bergerak lebih pantas dan proaktif dalam melakukan sesuatu tugasan dengan lebih cekap dan berkesan.
- Saling kenal mengenali kelebihan dan kekurangan rakan pasukan
Team building yang dilaksanakn dengan jayanya mampu melahirkan satu keluarga sihat , dimana setiap ahli saling kenal mengenali akan kelebihan dan kekurangan setiap ahli dan pasukan. Sihat hormat menghormati dan bekerjasama dapat ditingkatkan dengan lebih baik.
0 Comments