Ignition coil adalah salah satu part atau bahagian yang terletak pada enjin sesebuah kenderaan. Ia berfungsi menghasilkan atau menyalurkan tenaga elektrik atau erti kata lain karen ke bahagian dalam enjin kenderaan.
Kelemahan atau ignition coil yg tidak berfungsi atau lemah boleh menyebabkan kenderaan menjadi semput atau bergegar apabila berjalan. Hal ini kerana kesimbangan aliran elektrik dan petrol tidak sebati menyebabkan bahan bakar terpaksa di gunakan berlebihan.
Oleh yang demikian pemeriksaan secara diy atau sendiri tentang kekuatan ignition coil bagi memastikan samaada ia masih berfungsi atau tidak, boleh di lakukan secara berikut:
Cara Periksa Ignition Coil Kereta |
- Langkah pertama
Buka atau tanggalkan pin dan nut ignition coil yang melekat pada enjin terlebih dahulu.
- Langkah kedua
Cabut dan tarik perlahan - lahan setiap ignition coil, dan sambung semula setiap pin atau wayar yang menghubungkan ignition coil perkenaan.
- Langkah ketiga
Biarkan ignition coil melekat sedikit pada spark plug dan hidupkan enjin kenderaan
- Langkah keempat
Tarik perlahan - lahan setiap satu ignition coil dan cuba dengar jika ada bunyi seperti percikan api, jika ada itu menandakan ignition coil kenderaan anda masih berfungsi dengan baik, jika bunyinya lemah, ia menandakan kuasa ignition sudah hampir - hampir kurang dan bakal rosak. Manakala jika tidak ada bunyi percikan api langsung, menandakan ignition coil kenderaan anda telah rosak dan harus d gantikan.
- Langkah kelima
Setelah selesai proses mengantikannya, proses seterusnya adalah hidupkan kenderaan dan hidupkan juga radio serta penyaman udara. Jika kenderaan tidak bergegar dan semput, itu menandakan enjin kenderaan anda berfungsi dengan baik, di mana kesimbangan antara aliran elektrik dan bahan bakar adalah berada pada posisi seimbang dan mampan.
0 Comments