Hujung minggu atau hari sabtu dan ahad merupakan salah satu hari yang pasti mengembirakan semua pihak, kerana di hari berkenaan adalah hari cuti rehat yang di khaskan kepada semua kakitangan awam dan juga swasta untuk berehat.
Hari sabtu dan ahad adalah dua hari yang boleh di manfaatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti harian yang bermanfaat, bukan sahaja kepada diri sendiri malahan juga kepada keluarga.
Justeru itu, berikut adalah antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan sempena hari hujung minggu iaitu hari sabtu dan ahad, antaranya;
- Membawa keluarga, isteri dan anak - anak untuk beriadah
Aktiviti di hujung minggu yang boleh dilakukan dengan membawa anak - anak serta isteri untuk beriadah dengan bejalan - jalan ke tempat - tempat bermanfaat seperti supermarket, kawasan taman permainan awam, memancing, melawat tempat - tempat bersejarah seperti muzium dan lain - lain lagi.
- Membersihkan rumah dan kenderaan secara diy
Hari sabtu dan ahad adalah antara peluang untuk membersihkan halaman dalam dan luar rumah daripada segala bendasing. Dalam masa sama, aktiviti lain juga boleh dilakukan seperti membersihkan kenderaan agar ianya kelihatan sentiasa bersih dan selesa di pandu. Sifat kerajinan, boleh membantu kepada penjimatan ekonomi rumah tangga dengan lebih baik dan berkesan.
- Menjalankan perniagaan atas talian secara kecil - kecilan
Hujung minggu adalah hari pelepasan untuk berehat. Ia boleh di manfaatkan dengan melakukan perniagaan secara kecil - kecilan dengan memasarkannya secara atas talian, seperti menjual tudung dan lain - lain lagi.
- Berehat
Hujung minggu adalah hari untuk merehatkan anggota badan dengan duduk di rumah sahaja setelah penat seharian bekerja. Oleh itu, merehatkan badan mampu membentuk anggota tubuh badan dengan lebih mampan dengan tenaga yang mencukupi.
0 Comments