Biodata Daiyan Trisha, Artis

Biodata Daiyan Trisha, Artis

Biodata Daiyan Trisha, Artis


Sepintas Lalu,

Daiyan Trisha merupakan salah seorang artis yang aktif di media sosial. Beliau yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia mula mendapat perhatian meluas menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee dan sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai kredit lakonannya dalam televisyen dan filem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia (2018) dan Busker (2018).

Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk "Cinta Suka Sayang Kamu", "Kita Manusia" dan "If I".


Sejarah Kehidupan Awal.

Daiyan Trisha dilahirkan pada 22 Disember 1993 di Bangi, Selangor. Beliau ialah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Samsiah Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal dan Mohd Nasaruddin Mohamed. Daiyan pernah bekerja sebagai pelayan restoran dalam tempoh jangka pendek semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dee gemar membaca dan bersenam di waktu lapang



Biodata Daiyan Trisha, Artis






Maklumat Diri.

Nama sebenar:

  • Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin

Tarikh Lahir;

  • 22 Disember 1993 (umur 29)

Asal;
  • Bangi, Selangor, Malaysia

Tingkat Pendidikan;
  • Perakaunan dan Perniagaan

Pusat pendidikan;
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)

Pekerjaan / Kerjaya;
  • Penyanyi, pelakon, pengacara


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia