Definisi Halloween

Definisi Halloween

Definisi Halloween, ialah suatu tradisi perayaan malam pada setiap 31 Oktober di sebilangan besar negara-negara dunia, terutamanya di negara-negara Barat. Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow), iaitu hari kebesaran Katolik, 


Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 November, dan pernah dikenal sebagai All Hallows' Day, penyingkatan dari All Hallowed Souls. 



Definisi Halloween



Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti "orang kudus". Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. 


Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina. Wikipedia.


Asal Usul Perayaan Ini.

Beberapa teori wujud berkenaan asal perayaan ini, satu teori ialah Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai (Samhain). Selain itu, ada juga teori bahawa perayaan Celt ini mengalami pengkristianan, tetapi ada juga yang menganggap Halloween sendiri ialah perayaan Kristian yang terpisah. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara, sebelum tersebar ke peringkat antarbangsa pada zaman berikutnya. Wikipedia.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian