TikTok merupakan salah satu medium media sosial yang hangat di pasaran. Setiap individu mempunyai akaun TikTok untuk pelbagai kegunaan.
Media sosial TikTok ini sering kali digunakan oleh para remaja khususnya untuk hiburan dengan memuat naik pelbagai aksi gambar.
Di samping itu, TikTok sebenarnya mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan antaranya;
- Medium pemasaran
TikTok adalah salah satu medium pemasaran produk yang lebih berkesan. Sebagai contoh seorang peniaga boleh mempromosikan produknya menerusi tayangan video kepada orang ramai secara live. Dalam masa sama, ia boleh berinteraksi terus kepada pelanggan.
- Perhubungan
TikTok juga adalah salah satu media sosial yang boleh digunakan sebagai saluran perhubungan antara satu sama lain, walaupun kawasan berkenaan adalah jauh. Ia juga boleh mendekatkan hubungan kekeluargaan atau rakan dengan lebih baik.
- Medium menyimpan maklumat gambar dan video
Kelebihan TikTok juga adalah sebagai medium untuk menyimpan gambar dan video kenangan. Bahan memori dahulu dapat di simpan dengan baik dan menjadi rujukan anak - anak serta diri sendiri di masa akan datang nanti.
- Memperluas ilmu pengetahuan
Pemilik TikTok juga dapat mengecapi serta memperluas ilmu pemgetahuan dalam pelbagai sudut. Maklumat yang diperilehi dan diketahui adalah dari seluruh pelusuk dunia. Dalam pada itu, minda dan pengetahuan dapat dikembangkan dengan pantas.
0 Comments