Buli atau membuli adalah salah satu perbuatan yang tidak sihat dan sangat memalukan. Ia bukan sahaja memudaratkan malahan boleh mengakibatkan ikatan silaturrahim menjadi renggang.
Lazimnya, buli boleh berlaku apabila timbul perasaan ketidak puasan terhadap seseorang. Sifat sedemikian pastinya akan membawa kepada amarah yang marah dan bertindak memukul orang yang dibuli.
Perbuatan membuli bukan sahaja berlaku kepada orang lain, malahan juga kepada adik beradik.
Situasi sedemikian iaitu membuli adik atau kakak atau abang adalah berpunca daripada beberapa faktor, antaranya;
- Ketidak setaraan layanan ibu bapa
Abang atau kakak atau adik adakalanya menyimpan sifat dengki dalam diam apabila melihat antara mereka menerima layanan yang tidak setara daripada ibu bapa. Seseorang akan bertindak luar jangkaan samaada membuli secara lisan atau fizikal kerana ketidak puasan dalam kehidupan.
- Tekanan disebabkan kehidupan
Kehidupan juga adakalanya mendorong seseorang di kalangan adik beradik untuk memukul adik atau kakak atau abang kerana tekanan. Sebagai contoh apabila si abang atau si kakak tidak dapat memberikan kepuasan kepada adik. Tekanan jiwa pasti dirasai dan boleh membawa kepada sikap agresif yang negatif.
0 Comments