Tidur lena adalah satu nikmat yang tidak ternilai harganya, ini kerana seseorang yang mendapat rehat yang cukup iaitu dengan tidur lena sudah pasti mendapat kesihatan zahir dan batin yang baik, dalam masa sama anggota badan akan kelihatan sihat dan cergas.
Mendapat suasana tidur yang lena sangatlah memuaskan diri. Ini kerana anggota badan akan cergas dan mudah untuk melakukan aktiviti harian dengan baik.
Dalam pada itu, tidur lena mampu meransang aliran darah dalam badan berfungsi dengan baik dan sihat.
Justeru itu, berikut adalah antara tip mendapatkan tidur yang lena, antaranya;
- Baca doa sebelum tidur
Sebelum tidur adalah amat baik dan digalakkan untuk membaca doa tidur dan surah - surah dalam kitab suci al-quran. Perbuatan sedemikian mampu menghindari diri daripada gangguan makluk halus.
- Melakukan kerja agar anggota badan terasa penat
Melakukan aktiviti secara sederhana sebelum tidur bagi tujuan memenatkan diri adalah salah satu cara mendapatkan suasana tidur yang lena dan nenyak. Badan yang lemah dan penat, sudah pastiemerlukan tenaga rehat iaitu tidur dengan lebih cukup.
- Makan secukupnya sebelum tidur
Sebelum tidur adalah amat baik makan dan minum terlebih dahulu. Perut yang dibiarkan kosong adalah tidak baik dan boleh mengundang penyakit. Lazimnya perlunya makan dan minum, kerana perut akan beroperasi serta bekerja untuk menghadam makanan2 dengan baik.
0 Comments