Biodata Ahmad Zahid Hamidi, Yb

Biodata Ahmad Zahid Hamidi, Yb

Biodata Ahmad Zahid Hamidi, Yb


Sepintas lalu,

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 di dalam kerajaan Barisan Nasional bagi Perdana Menteri Najib Razak. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013. Beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh di Perak dan merupakan ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).


Di awal kerjaya politiknya, Zahid merupakan Senator dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO. Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, Zahid belajar dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia.[5] Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[6] Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009. Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein. Hishamuddin mengambil jawatan Zahid sebagai Menteri Pertahanan.



Biodata Ahmad Zahid Hamidi, Yb





Sejarah Kehidupan awal dan keluarga

Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Manchester, England. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan) dalam keluarganya. Jenazah bapa Ahmad Zahid selamat dikebumikan. Utusan Melayu. 10 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 2018-04-28. Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datoh.
Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.

Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazah di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.


Tingkat Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannnya kepada jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan