Biodata Cleopatra, Usahawan

Biodata Cleopatra, Usahawan

Biodata Cleopatra, Usahawan


Sepintas lalu,

Cleopatra atau nama penuhnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin merupakan salah seorang graduan dalam bidang pendidikan dan kini aktif dalam kegiatan perniagaan.

Beliau yang berusia 28 tahun merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anaknya dan juga mengalas tanggungjawab sebagai ketua kepada semua keluarganya. 

Beliau yang kini mula mengaktifkan dirinya dalam dunia politik, mengambil tempat untuk bertanding atas tiket calon bebas bagi pilihanraya parlimen pru-15 bagi  kawasan Batu.



Biodata Cleopatra, Usahawan



Berdasarkan perkongsian, Cleopatra mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan selain turut terbabit secara langsung sebagai individu utama dalam perancangan bidang berkenaan meskipun pendidikannya pernah terhenti kerana berkahwin di usia muda.

Dia juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada 2021 sehingga kini di samping menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak 2019.


Malah kesibukan diri dalam tugasan harian, tidak menghalang anak kelahiran Pulau Pinang ini terlibat dengan kerja-kerja amal seterusnya menjadi pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antaranya Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Hetero Action Women Alliance (Hawa).

Difahamkan sebelum menubuhkan Hawa, dia banyak terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial serta pernah menyelesaikan pelbagai isu mahupun keperluan rakyat tanpa mengira bangsa, agama. star.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat