Biodata Muhyiddin Yassin, Yb

Biodata Muhyiddin Yassin, Yb

Biodata Muhyiddin Yassin, Yb


Sepintas lalu,

Terdahulu, Muhyiddin Yassin merupakan Ahli Parlimen bagi Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan dari 2016 sehingga 2020 dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2009 sehingga 2015, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN) dari 2009 hingga 2016.

Beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Ta'zim dan menyertai perkhidmatan awam negeri selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya. Beliau memegang jawatan pengurusan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri.

Pada tahun 1978, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Pagoh. Selepas tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Luar Negeri, seterusnya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kemudian Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor untuk dua penggal dari tahun 1986 hingga 1995.

Beliau memiliki kepayakan akademik tertinggi  dalam program Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Ekonomi dan Pemgajian Melayu) dari Universiti Malaya. Pekerjaan terkini beliau adalah seorang ahli politik.




Biodata Muhyiddin Yassin, Yb




Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 sebagai Mahiaddin bin Md Yasin. Beliau ialah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau telah dilantik pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7, Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020. 

Tidak lama kemudian, beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021 selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi bersama 14 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan kesemua 115 orang Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Bebas dan menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga 21 Ogos 2021, di mana Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. 

Sejurus perletakan jawatan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Ia diumumkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang merupakan Ketua Setiausaha Negara.





Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan dari 2016 sehingga 2020 dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2009 sehingga 2015, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN) dari 2009 hingga 2016.

Beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Ta'zim dan menyertai perkhidmatan awam negeri selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya. Beliau memegang jawatan pengurusan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri.

Pada tahun 1978, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Pagoh. Selepas tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Luar Negeri, seterusnya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kemudian Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor untuk dua penggal dari tahun 1986 hingga 1995.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian