Ciri - Ciri Pemimpin Unggul

Ciri - Ciri Pemimpin Unggul

Pemimpin atau ketua adalah salah seorang yang telah dipilih dan dilantik untuk mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi atau kawasan dan lainya.

Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin adalah sangat berat dan meluas, ia bukan sahaja meliputi ahlinya malahan kepada yang lainya.


Ciri - Ciri Pemimpin Unggul




Lazimnya, terdapat banyak ciri - ciri seorang pemimpin yang boleh kelihatan dari sudut penampilan dan gayanya, antaranya;

  • Berpengetahuan
Seorang pemimpin haruslah berilmu iaitu berpengetahuan luas dalam pelbagai skop baik ekonomi, agama, isu semasa, undang - undang dan lain - lain lagi. Ia sangat penting kerana seorang pemimpin yang berilmu akan memjadi rujukan orang ramai, media tempatan dan antarabangsa walau di mana sahaja berada.

  • Beragama dan waras
Ciri seorang pemimpin yang baik juga haruslah beragama serta mengamalkan ibadah agama dengan baik. Dalam pada itu, ia haruslah waras dan berkeupayaan untuk melakukan tanggungjawab kerja - kerja yang di amanahkan dengan sempurna.

  • Berani
Seorang ketua atau pemimpin haruslah berani dan berkeyakinan tinggi dalam membuat sebarang perkara atau keputusan. Sifat yang berani dan tegas juga membuatkan seseorang pemimpin akan lebih disegani dan diyakini oleh orang ramai.

  • Berpengaruh
Ciri pemimpin juga haruslah dikenali dan berpengaruh dikalangan ahli - ahlinya. Sokongan yang paduh perlu ada padanya agar setiap tindak tanduk yang dilakukan sentiasa mendapat sokongan dan dorongan para pengikutnya.

  • Tidak melupakan
Seorang pemimpin yang baik dan bijaksana haruslah memiliki ciri serta tingkalaku tidak melupakan asal usulnya. Tidak melupakan ahli - ahlinya serta orang lain terhadap sesuatu yang telah diperolehi. Pemimpin yang bertanggungjawab perlu ada sifat membantu dengan sentiasa membantu para ahli - ahli yang lain tentang kekayaan yang dikecapi.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan