Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu

Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu

Kelebihan menghadiri majlis ilmu, baik di Masjid, Surau, atau tempat yang disediakan oleh penganjur.

Majlis ilmu berkonsepkan agama dan yang lainya namun menjurus kepada kebaikan adalah salah satu majlis yang baik dan memberi banyak kesan positif kepada semua.



Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu




Terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi apabila seringkali atau jarang - jarang menghadiri majlis ilmu, antaranya;

  • Ilmu pengetahuan bertambah luas
Majlis ilmu yang di sampaikan oleh penceramah yang bertauliah mampu memberi kesan positif iaitu peningkatan ilmu pengetahuan kepada diri sendiri. Dalam masa sama, pengetahuan akan meluas dalam pelbagai bidang dan skop.

  • Jalinan silaturrahim yang baik
Menghadiri majlis ilmu mampu membentuk satu jalinan silaturrahim yang baik dan sihat antara penceramah dengan pengunjung dan juga sesama pengunjung. Masing - masing saling meningkatkan kenal mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, ia juga secara tidak langsung mampu mengikis sifat negatif dan perpecahan kaum.

  • Melahirkan insan berilmu
Majlis ilmu mampu memberikan kesan positif kepada individu yang hadir. Maklumat yang diperolehi daripada majlis ilmu boleh digunakan sebagai kekuatan diri untuk menjadi insan yang berilmu. Dalam pada itu, dengan ramainya insan yang berilmu yang baik, secara tidak langsung gejala sosial negatif dapat di pupuskan.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan