KOTA KINABALU: Satu mayat lelaki ditemui terapung di sebuah longkang berdekatan parkir Pantai Tanjung Aru 1 pada Selasa, bersamaan 15 November 2022.
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dijumpai oleh orang awam sekitar jam 7.45 pagi sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu.
gambar sekadar hiasan Mayat Ditemui Terapung Di Tanjung Aru |
Hasil pemeriksaan daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah mendapati terdapat sedikit kesan kecederaan pada bahagian dahi mangsa yang dipercayai akibat terjatuh.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) berdasarkan keadaan jasad mangsa yang masih elok selain tidak terdapat kesan pergelutan ataupun unsur jenayah yang lain. astro awani
Isu Popular Masa Kini.
0 Comments