Tip Bila Turun Mengundi

Tip Bila Turun Mengundi

Mengundi adalah salah satu perbuatan yang dilakukan dengan memangkah seseorang calon yang menjadi pilihan.

Perbuatan ini dilakukan secara fizikal dan tertakluk juga kepada arahan - arahan yang ditetapkan.

Proses mengundi akan berlaku apabila badan berwajib mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya bagi kawasan yang dipertandingkan.


gambar sekadar hiasan

Tip Bila Turun Mengundi




Justeru inj berikut adalah tip penting apabila turun mengundi, antaranya;

  • Semak maklumat diri di portal yang disediakan. Ia sangat penting agar anda dapat mengetahui pusat, tarikh dan masa yang ditetapkan untuk mengundi.
  • Tetapkan dalam jadual peribadi anda agar tidak terlupa atau terlepas pandang.
  • Jika kawasan tempat mengundi jauh dari kediaman, bergerak awal samaada sehari dua awal ke tempat berdekatan dengan tempat memgundi.
  • Pastikan kenderaan yang digunakan untuk ke tempat mengundi berada dalam keadaan selamat, selesa di pandu.
  • Pastikan apabila bergerak awal, barang - barang keperluan tidak ada yang tercicir.
  • Lihat dahulu aliran trafik menerusi google map atau waze, bagi mengelakkan terkandas di jalan raya.
  • Baca panduan serta peraturan - peraturan mengundi yang telah ditetapkan.
  • Sebelum bergerak ke tempat mengundi, pastikan anda bersarapan atau makan terlebih dahulu angar anggota tubuh badan sentiasa bertenaga, sihat dan kuat.
  • Semasa kejadian, pastikan bangun awal dan bersiap dengan memakai pakaian yang kemas.
  • Pastikan bawa bersama barang - barang yang perlu, terutamanya kad pengenalan, lesen memandu.
  • Bergerak awal daripada jam yang ditetapkan dalam jadual ke pusat mengundi bagi mengelakkan terlambat.
  • Pandu kenderaan dengan cermat mengikut undang - undang yang ditetapkan dan selamat.
  • Bawalah bersama hand - sanitizer serta sentiasa memakai pelitup muka
  • Ikuti arahan - arahan yang ditetapkan oleh petugas dengan baik.
  • Setelah selesai mengundi, terus pulang ke rumah dan elakkan berjalan - jalan di luar.
  • Bersihkan anggota tubuh badan dengan mandi dan memakai pakaian yang bersih.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian