Ketua adalah salah seorang dari kalangan ahli yang dipilih melalui persetujuan atau undian atau yang lainya oleh kalangana ahli.
Seorang ketua yang telah menjuarai sesi pemilihan akan mewakili ahli yang lain dalam apa juga aspek termasuklah menjaga serta mementingkan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan ahli - ahli naunganya serta penjagaan yang lainya.
Memilih seorang ketua atau wakil bukannya mudah. Ia akan memberi kesan yang negatif atau positif kepada ahli dalam sesuatu kumpulan berkenaan, jika tersalah atau betul pilihan.
Oleh itu, berikut adalah antara tip yang boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan semasa memilih seorang ketua dalam apa- apa juga situasi kumpulan, persatuan, organisasi, mukim dan sebagainya, antaranya;
- Pilih seseorang yang berpengetahuan banyak tentang hal ehwal agama.
- Pilih ketua yang berilmu dalam pelbagai aspek baik ilmu agama mahupun duniawi.
- Pilih ketua yang waras
- Pilih seseorang ketua yang boleh dipercayai dan diyakini, bukan sahaja melalui kata - kata, malahan juga dengan tindakan
- Pilih seorang ketua yang berintegriti atau berpendirian tinggi
- Pilih ketua yang bersifat atau memiliki sifat - sifat ulul -azmi (siddiq, amanah, tabliq, fatonah)
- Pilih seorang ketua yang berani menegakkan kebenaran dan sentiasa mempertahankan ahli - ahli yang lain dibawah naunganya
- Pilih seorang ketua yang tegas , lurus, jujur, tepat membuat keputusan
- Pilih ketua yang tidak bersifat pilih kasih
- Pilih seorang ketua yang berpengaruh secara baik
- Pilih ketua yang tidak melupakan anggota - anggota yang lain
- Pilih ketua yang berkemampuan dan berkaliber
0 Comments