Biodata Elfira Loy, Artis

Biodata Elfira Loy, Artis

Biodata Elfira Loy, Artis


Sepintas lalu.

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri (lahir 8 Mac 1994) atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy adalah salah seorang selebriti berpengaruh, pengacara dan usahawan muda Malaysia berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab Yaman.




Biodata Elfira Loy, Artis




Maklumat Diri Dan Sejarah Kehidupan Awal.

Elfira adalah anak kedua dan dilahirkan pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur, kepada pasangan Ahmad Sabri Haji Ariffin dan Filzah Yusoff. 

Beliau mempunyai darah keturunan Melayu, Cina dan Arab Yaman. Bapanya adalah pemilik dan Pengarah Projek Pusat Pengajian Islam dan Maahad Tahfiz Bustanul Haji Ariffin, Kuala Kangsar, Perak. Manakala, Ibunya pula adalah pengurus kepada beberapa selebriti dan model Malaysia. 

Elfira mempunyai lima adik-beradik kandung iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy, adiknya Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan paling bongsu Ahmad Evvraa Loy. 

Dari aspek pendidikan, Elfira merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, dan menutut dalam aliran sains di sekolahnya. Dia yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, menjadi satu kebanggaan dirinya dan ibu bapanya. 

Dalam pada itu, Elfira juga merupakan pengusaha/pengurus sebuah cafe yang terkenal di ibu negara disamping melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti antarabangsa swasta pertama, UOW Malaysia KDU University College, di Utropolis Glenmarie, Shah Alam. Beliau akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya pada tahun 2017 berkelulusan Communication, Creative Arts, Entertainment Arts, Entrepreneurial Design.


Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan