Tular di media sosial, seekor buaya sedang berehat di jalan raya. Situasi berkenaan terjadi apabila laluan jalan raya berkenaan di limpahi banjir.
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melalui jalan raya berkenaan pada waktu malam terpaksa memberhentikan kenderaannya apabila ternampak seekor gergasi buaya sedang berada di jalan raya dia lalui.
Kenderaan terpaksa diberhentikan kerana tidak dapat lalu ekoran buaya berkenaan yang berada di tengah - tengah jalan.
Selang beberapa minit, buaya berkenaan kelihatan mula beredar ke tebing dan terus yang dipenuhi semak samun dan terus menenggelamkan dirinya ke dalam sungai.
Buaya berkenaan kebarangkalian bergerak apabila terkena suluh lampu cahaya terang dari kenderaan berkenaan.
Buaya Berlegar Di Jalan Raya
Kejadian berkenaan dipercayai di Sri Damai, Kuantan, Negeri Pahang. Pelbagai komen di utarakan oleh warga maya pada ruangan komen di setiap platform media sosial.
0 Comments