Buaya Haiwan Pemangsa

Buaya Haiwan Pemangsa

Buaya merupakan seekor haiwan yang tergolong dalam rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia.


Di awal zaman, spesis buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada Akhir Usia Kapur  dan merupakan saudara hidup terdekat bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli Archosauria yang tinggal. 

Ahli-ahli total group order ini, iaitu klad Pseudosuchia, muncul kira-kira 250 tahun dahulu pada usia Awal Trias lalu berdiversifikasi sepanjang era Mesozoik. Order Crocodilia termasuklah suku "buaya sejati" (keluarga Crocodylidae), suku aligator (keluarga Alligatoridae), dan suku gharial dan jejulung (keluarga Gavialidae).


Umumnya habitat reptilia ini terdapat di kawasan tanah panah tropika, tetapi suku aligator juga tinggal di Amerika Syarikat tenggara dan Sungai Yangtze di China. Rata-ratanya haiwan daging, memakan haiwan-haiwan lain seperti ikan, ketam, udang, sotong, siput, burung mahupun mamalia. 

Sesetengah spesies seperti gharial India makan benda tertentu, sementara yang lain seperti buaya katak makan bermacam-macam sahaja. Buaya lazimnya hidup bersendirian dan menjaga wilayah, tetapi adakalanya makan beramai-ramai. 

Sewaktu membiak, jantan dominan cuba membolot betina-betina yang sedia ada. Betina bertelur dalam lubang atau guar. Tidak seperti kebanyakan reptilia lain, buaya menjaga anak yang baru menetas.

Diketahuinya lapan spesies buaya yang pernah menyerang manusia. Jumlah serangan terbesar datang daripada buaya Nil. Manusia merupakan ancaman terbesar bagi populasi buaya menerusi aktiviti seperti pemburuan dan pembasmian habitat, tetapi penternakan buaya telah banyak mengurangkan perdagangan kulit buaya liar haram. 

Buaya banyak terdapat dalam seni dan sastera seluruh dunia sejak seawal zaman Mesir Kuno. Cerita paling awal tentang buaya yang meratapi mangsa keluar pada abad ke-9, kemudian disebarkan oleh Sir John Mandeville pada 1400 dan sekali lagi oleh William Shakespeare pada peralihan abad ke-17. Wikipedia.




Buaya Haiwan Pemangsa




Akhir - akhir ini, reptelia ini sering kelihatan di laut masin, sungai dan juga ada yang naik ke daratan, dengan tujuan mencari makanan.

Hari demi hari, reptilia ini semakin menganas, sehinggakan tular di serata media sosial, sang buaya membaham manusia. Kejadian berlaku di sana sini, dan yang terkini di Sabah di mana seekor buaya membaham seorang kanak - kanak. Kejadian berkenaan mendapat liputan ramai, sehinggakan ramai masyarakat yang takut mendekati teping pantai mahupun sungai.


Langkah Pencegahan Kendiri.
  • Elakkan diri daripada bermain - main di tebing sungai atau laut bersendirian
  • Jangan biarkan anak - anak bermanfi mandi di sungai
  • Jika ikut menangkap ikan di sungai, bawa bersama peralatan keselamatan penting
  • Gunakan kenderaan bot yang berenjin jika hendak menangkap ikan
  • Elakkan daripada menjala secara berendam di sungai atau laut
  • Tindakan yang bijaksana, dapatkan pertolongan segera jika kelihatan musibah melanda disebabkan oleh buaya, bukannya hanya merakam dan memviralkanya
  • Petua dari warga netizen, kelemahan buaya adalah pada matanya, manfaatkan

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan