Tular, satu rakaman video dari seorang TikTok yang memaparkan aksi konten ‘prank‘ dengan mencampak sebiji kek ke arah muka seorang wanita yang pada ketika itu dia sedang menemani anaknya seorang OKU berkerusi roda beriadah di taman rekreasi.
Menurut sumber laman sosial, perbuatan ini adalah hanya kejutan atau surprise semata - mata, dengan tujuan hanya menguji tahap kesabaran seorang wanita berkenaan menjaga anak - anaknya khususnya orang kelainan upaya (oku). Katanya lagi (TikToker), kita nak tengok apa reaksi kakak berkenaan apabila diperlakukan sedemikian.
Kakak berkenaan tanpa menunjukkan apa - apa reaksi namun bersuara. “Tak patut. Kenapa nak buat saya? Saya tengah bawa anak saya tau."
Ujar TikToker itu, “Ya saya nak menguji kesabaran kakak membawa anak kelainan kurang upaya (oku) Namun, alhamdulilah akak tak serang saya, akak cuma meninggikan suara. Saya (TikToker) meminta maaf kak dari hujung rambut sampai hujung kaki,” atas perbuatan sedemikian.
Dalam masa sama, wanita berkenaan rasa terkilan diperlakukan sedemikian, kenapa TikToker melakukannya, sekadar mahu menguji kesabaran seorang ibu menjaga anak OKU.
Lanjutan daripada itu, rata - rata para warga maya mengecam negatif kebatas tindakan TikToker berkenaan.
Ramai yang mahu pembelaan yang adil buat wanita tersebut yang ‘dimalukan’ di khalayak ramai, lebih-lebih di hadapan anaknya sendiri.
Campak Kek Ke Muka Pengunjung, ‘Prank’ TikToker Melampau |
Sejurus perbuatan berkenaan tersebar luas. Rupaya TikToker dan wanita berkenaan ada kaitan dan saling mengenali antara satu sama lain. Perbuatan berkenaan dilakukan adalah lakonan semata - mata demi mendapatkan popupariti dan view yang ramai daripada warga maya.
0 Comments