Graduan Adik Beradik Berjaya Tamat Pengajian Di UMS Bersama.

Graduan Adik Beradik Berjaya Tamat Pengajian Di UMS Bersama.

Kota Kinabalu, Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali yang ke-24, hari ini melahirkan ramai graduan yang ilmuan dalam pelbagai bidang sains dan sastera.

Tidak terkecuali, graduan adik beradik dari gugusan sastera yang turut gembira apabila berjaya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda.

Mereka yang mengikuti pengajian dari awal permulaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dibawah kendalian PLUMS merasa bangga dan berterima kasih kepada seluruh kakitangan UMS, khususnya kepada pensyarah dan kakitangan pentadbiran PLUMS yang sentiasa memberi didikan tunjuk ajar sehingga berjaya di menara gading.

Kaedah pengajian di bawah kendalian PLUMS sangat membantu khususnya kepada mereka yang bekerja. Konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu kuliah bersemuka pada hujung minggu sangat bermanfaat dan mudah bagi mereka melakukan kerja - kerja perniagaan mereka tanpa gangguan.

Dalam masa sama, graduan adik berarik berkenaan juga dapat membiayai pengajian mereka secara langsung menerusi dana perniagaan kecil - kecilan yang mereka usahakan.

Sepanjang pengajian, pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi, apatalagi bekerja sambil menguruskan perniagaan. Namun dengan usaha yang kental, mereka berdua adik beradik, tetap bersemangat untuk hadir kuliah serta melengkapkan tugasan demi tugasan yang di amanahkan pensyarah dengan penuh didikasi dan disiplin.





Graduan Adik Beradik Berjaya Tamat Pengajian Di UMS Bersama.





👉 MOHON SEKARANG.




Tanpa usaha dan pengorbanan yang jitu sudah pasti impian yang di idamkan tidak akan tercapai. Oleh itu, genggamlah barah api, biar sampai menjadi arang. Marilah kita bersama - sama menyahut saranan dan mencabar diri sendiri agar menjadi insan yang berilmu dan bermanfaat kepada insan - insan yang lain.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan