Hari jumaat adalah hari yang mulia yang membawa banyak keberkatan serta meningkatkan ganjaran pahala apabila melakukan perkara - perkara kebaikan.
Selain itu, hari jumaat adalah penghulu segala hari dan banyak peristiwa yang istemewa terjadi.
Justeru ini, marilah kita bersama - sama berganding bahu meningkatkan amal ibadah dengan memperbanyakkan melakukan amal kebaikan yang membawa syafaat nikmat serta kesihatan baik secara bersama.
Hari Jumaat Hari Mulia |
Perkara - perkara yang membawa ganjaran pahala apabila di lakukan pada hari jumaat;
- Mandi di hari jumaat dengan niat membersihkan diri dari segala bendasing dan kekotoran.
- Bergerak dan tiba awal di Masjid untuk menunaikan solat jumaat secara berjemaah.
- Ada baiknya berjalan kaki ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat. Setiap langkah pasti menghapus dosa dan menambah pahala.
- Membaca kitab suci al-quran dengan lebih proaktif.
- Memakai wangi - wangian yang harus segar baunya.
- Memotong kuku dan mencukur bulu - bulu pada badan agar kelihatan kemas dan selesa.
0 Comments