Intipati Ucapan Menteri Pendidikan adalah seperti berikut;
- Memgaktifkan semula majlis penasihat kebangsaan.
- Murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan sekolah sejahtera.
- Menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.
- Memberi penekanan kepada aspek keramah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
- Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga b40.
- Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi.
- Memberi fokus kepada kebajikan guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.
- Memberi tumpuan kepada usaha ubahsuai dan naik taraf sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak.
- Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah.
0 Comments