Kelebihan Baca Doa Selepas Wuduk

Kelebihan Baca Doa Selepas Wuduk

Wuduk atau berwuduk adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk membersihkan anggota badan yang ditetapkan menggunakan airutlak (iaitu air yang bersih).

Ia sangatlah wajib dilakukan sebelum mendirikan solat. Ada pun jalan lainya, sekiranya tidak ada air, ia boleh dilakukan menggunakan debu (tayyamum).

Kesempurnaan solat samaada solat lima waktu atau sunnat, adalah bermula daripada wuduk, dan antara amalan yang dianjurkan ialah mengucapkan kalimah bismillahirrohmannirrohim sebelum atau ketika memula wuduk. Pertamanya, membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali, serta membaca doa selepas mengambil wuduk.

Malah disebutkan dalam satu hadis bahawa orang yang membaca doa selepas wuduk akan dibukakan baginya pintu syurga.


Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

Maksudnya: 

Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu. (Riwayat Muslim, no.234, Abu Daud no. 169, al-Nasa’ie no. 148, Ibn Majah, no.470 dan al-Tirmizi, no.55)




Kelebihan Baca Doa Selepas Wuduk



Diriwayatkan daripada 'Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda,


"Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa,

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

Terjemahanya;

(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad ialah hamba Allah SWT dan utusanNya)

kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu."

HR Muslim (234)


Lanjutan daripada itu juga, seseorang yang sentiasa berada dalam wuduk akan dipermudahkan urusan hariannya. Selain itu ia juga sentiasa terhindar daripada memdekati atau melakukan perkara - perkara negatif yang membawa kepada dosa.  Dalam masa sama, ia juga akan mendapat ganjaran pahala berlibat ganda dari masa ke semasa.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan