Kelebihan Meninggalkan Perkara Dilarang

Kelebihan Meninggalkan Perkara Dilarang

Agama islam adalah satu agama yang lengkap dan mengandung banyak unsur - unsur kebaikan dan kebenaran.

Hal sedemikian adalah sahih dengan adanya panduan dari kitab suci al - quran, yang syumul dan menjadi panduan hidup ummat manusia di muka bumi.

Ajaran islam telah lama bertapak dari zaman dahulu lagi, ia disebarkan menerusi pelbagai cara dan kaedah. Tujuan penyebaran adalah untuk mengelak ummat manusia terpesong ke arah ajaran lain yang menyesatkan.



Kelebihan Meninggalkan Perkara Dilarang



Lanjutan daripada itu, terdapat banyak kelebihan yang dinikmati apabila meninggalkan sesuatu perkara yang di larang oleh Allah swt antaranya;
  • Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah swt.
  • Mendapat ketenangan rohani dan jasmani yang baik.
  • Sentiasa dipermudahkan urusan dan rezeki yang baik dan halal.
  • Mudah digauli oleh masyarakat majmuk dengan mesra dan harmoni.
  • Tidak mudah gelisa, tekanan apabila berhadapan dengan situasi masalah.
  • Kelihatan awet muda kerana rohani jasmani sentiasa ceria



Justeru itu, marilah kita bersama - sama meningkatkan amal ibadah kita dengan mengerjakan amal kebaikan seperti yang di amanahkan oleh yang maha kuasa Allah swt dan menjauhi segala perkara yang dilarang.

Dalam masa sama, kita juga saling nasihat menasihati dan berpesan - pesan antara satu sama lain khususnya ke arah kebaikan.

Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala yang baik darinya dan tergolong dalam orang - orang yang beriman serta mendapat kedudukan mulia di sisi Allah swt.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan