Penderaan kanak - kanak di rumah asuhan sering tular di media sosial dan sangat membimbangkan para ibu bapa untuk meletakkan anak mereka di bawah jagaan rumah pengaruh.
Selain daripada itu, penderaan kanak - kanak juga boleh berlaku di rumah sendiri iaitu dibawah jagaan ibu bapa kanak - kanak berkenaan.
Situasi sedemikian sangatlah menyedihkan kerana kanak - kanak adalah insan yang lemah yang baharu mengenali dunia, namun di dera tanpa sebarang peri kemanusiaan.
Lazimnya terdapat banyak punca penderaan kanak - kanak yang berlaku, antaranya;
- Tekanan hidup
Tekanan hidup yang di alami adalah antara punya berlakunya penderaan kanak - kanak. Ia di sebabkan apabila seseorang tidak dapat menerima dengan redha akan kehidupan hariannya. Sifat mudah tertekan dengan apa juga situasi yang dihadapi boleh menyebabkan emosi menjadi negatif, dan secara tidak langsung membawa kepada penganiayaan atau penderaan kepada kanak - kanak yang di bawah jagaannya.
- Pengaruh bahan terlarang
Pengambilan bahan terlarang seperti dadah, syabu dan lain - lain yang boleh memabukkan atau mencacatkan akal fikiran, juga adalah punca kepada penderaan kanak - kanak. Seseorang yang bekerja untuk menjaga kanak - kanak dan dalam masa sama berpengalaman terhadap barang - barang terlarang, adalah todak mustahil untuk mengambil barang terlarang berkenaan dan seterusnya boleh menyumbang kepada mendera kanak - kanak yang di jaganya.
- Pengaruh Persekitaran
Pengaruh persekitaran juga adalah punca berlakunya penderaan kanak - kanak pada masa kini. Ia berlaku apabila seseorang dipengaruhi oleh perkara - perkara negatif di sekelilingnya, seperti hiburan, media sosial dan lain - lain lagi. Situasi penderaan berlaku apabila seseorang leka atau lalai menjaga kanak - kanak di bawah jaganya, kerana asyik tertumpuh kepada media sosial. Kanak - kanak yang terabai serta tidak di pantau oleh penjaga menyebabkan kanak - kanak sering menangis dan tindakan memukul, mencubit kanak - kanak berkenaan akan berlaku.
- Kekeluargaan
Masalah kekeluargaan adalah salah satu faktor atau punca yang boleh menyebabkan berlakunya penderaan kanak - kanak. Masalah kehidupan yang sering di alami seperti pergaduhan antara suami isteri akan memberi kesan negatif kepada anak - anak. Tekanan si isteri atau si ayah akan di lepaskan kepada anak samaada berbentuk memukul atau memarahinya.
0 Comments