BATANG KALI, Insiden tanah runtuh secara besar-besaran yang berlaku sejurus selepas jam 2 pagi pada Jumaat di tapak perkhemahan popular di sepanjang Jalan Batang-Kali-Genting Highlands, telah mengorbankan 21 nyawa dan menyebabkan 12 masih hilang setakat jam 7.10 malam, Jumaat.
Seramai 61 orang lagi diselamatkan sepanjang hari daripada tanah dan lumpur dengan dimensi runtuhan kira-kira 500 meter (m),, selebar 200m pada kedalaman 8m dengan isi padu runtuhan 450,000 meter padu (m3) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm berhampiran Gohtong Jaya di Pahang. Astroawani.
BATANG KALI: Kegagalan kaki cerun dipercayai menjadi punca kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, dekat sini, awal pagi tadi.
Runtuhan itu membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu (m³) dengan anggaran tanah runtuh 500,000 tan dan ketinggian 30 meter (m), selain jarak runtuhan sejauh 150m dan lebar 100m. Bharian.
Terdapat banyak punca atau sebab terjadinya, kejadian tanah runtuh, antaranya adalah berikut;
- Penerokaan hutan secara berleluasa tanpa kawalan serta perancangan yang baik.
- Sektor pembangunan yang berterusan dan boleh merosakkan struktur bumi.
- Pembinaan tadahan iaitu perparitan yang tidak baik.
0 Comments