Awet muda adalah idaman semua orang agar kelihatan sentiasa muda dari umur sebenar dan juga sentiasa aktif dalam melakukan kerja - kerja harian.
Hari ini, pelbagai produk di cipta dan digunakan sebagai suplimen untuk kelihatan muda. Produk yang di cipta berbentuk kapsul dan juga cecair.
Tahukah anda, tip semula jadi adalah antara cara yang paling sihat dan menjimatkan untuk mengekalkan awet muda. Berikut adalah antara beberapa tip awet muda semulajadi yang boleh diamalkan bersama, antaranya
- Tip pertama.
Sentiasa senyum dalam apa juga situasi, elakkan sifat marah menyelubungi kalbu. Senyum adalah senjata utama yang mempu mengubati rohani dengan baik. Melalui senyum, ia juga boleh memberi satu sifat atau tingkahlaku yang baik serta mudah dihormati oleh masyarakat yang lain.
- Tip kedua.
Rajin membaca kitab suci al-quran dan zikir juga adalah satu petua agar raut wajah dan fizikal badan sentiasa kelihatan mudah dan sihat cergas. Kekerapan membaca kitab al-quran dan zikir boleh mendorong seseorang kepada berkelakuan baik dan dalam masa sama dalam diri akan tersemat sifat - sifat positif yang baik.
- Tip ketiga.
Makan dan minum secara seimbang adalah sangat penting agar anggota dalaman nadan sentiasa sihat. Amalkan petua makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Disamping itu, lakukan selalu bacaan doa sebelum dan selepas makan.
- Tip keempat.
Elakkan sifat hasat negatif dalam hati boleh membantu kepada terhindar daripada perbuatan negatif yang boleh memudaratkan anggota badan. Lazimnya jika rohani anggota badan diterapkan dengan nilai - nilai yang sudah pasti penampilan luaran akan kelihatan bersih, muda dan cergas.
0 Comments