Cuti tahun baru cina adalah cuti umum kepada semua masyarakat khususnya kakitangan yang bekerja di sektor kerajaan dan juga swasta.
Cuti umum ini, bukan sahaja di nikmati oleh kaum yang meraikanya, malahan cuti berkenaan juga turut dirasai oleh kaum - kaum lain. Masyarakat perpaduan seumpama ini, mampu membentuk satu komuniti yang harmoni dikalangan masyarakat walaupun berbeza anutan agama, budaya dan kaum.
Lazimnya terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh masyarakat apabila tibanya cuti umum tahun baru cina, antaranya;
- Membersihkan halaman rumah secara gotong royong bersama keluarga.
- Menjalankan perniagaan atas talian untuk menambah penjanaan pendapatan.
- Membawa keluarga, iaitu isteri dan anak - anak keluar bersiar - siar di kawasan riadah yang selesa dan selamat.
- Mengunjungi rakan - rakan atau jiran tetangga yang meraikan perayaan tahun baru cina dan telah menjemput atau mengundang.
- Duduk di rumah beristerihat dengan meluangkan masa bersama keluarga, anak isteri agar silaturrahim harmoni sentiasa terjalin dengan baik.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam aspek ilmu agama dan juga duniawi, menerusi sumber buku - buku bacaan dan juga saluran media elektronik.
0 Comments