Biodata Mas Idayu, Artis

Biodata Mas Idayu, Artis

Biodata Mas Idayu, Artis


Sepintas lalu,

Mas Idayu (lahir Masidayu Mesnun; 10 Januari 1972) merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima gelaran Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato' Hattan. 

Beliau yang merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an. 

Sejarah kelahiran, beliau dilahirkan di Johor dan adalah antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu-lagu dangdut malar segar seperti "Cintaku 100%" dan "Senggol-senggolan, Cubit-cubitan". 

Sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah memenangi dua trofi Anugerah Industri Muzik serta menjuarai rancangan realiti Mentor musim ketiga pada 2009 yang mana beliau bertanggungjawab melatih dan mencungkil bakat penyanyi popular Black Hanifah. Beliau juga menjadi pengkritik tetap program Dangdut Academy Asia di Indosiar dari 2015 sehingga 2019. 


wikipedia

Biodata Mas Idayu, Artis





Pada tahun 2016, Mas Idayu telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Fantasia 2016 (AF2016), dan Pada 16 September 2022, Beliau Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Sufian Che Isa, Yang Juga Penerbit Eksekutif TV3 Dengan Sekali Lafaz.



Maklumat Diri.

Nama penuh:
  • Masidayu binti Mesnun

Nama popular
  • Ayu, Mummy

Tarikh lahir:
  • 10 Januari 1972 

Umur pada tahun 2023:
  • 51 tahun

Asal:
  • Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Tingkat pendidikan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan
  • Penyanyi, pelakon, komposer

Tahun aktif
  • 1991–kini

Pasangan hidup
  • Aman Graseka (k. 1997; c. 2006)
  • Muhammad Sufian Che Isa (k. 2022)

Nama Ibu bapa
  • Mesnun Bin Hassan (bapa)
  • Hasidah Binti Awang (ibu)


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia