Jodoh pertemuan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan adalah satu penyatian indah yang pastinya menimpan kenangan manis antara dua insan.
Detik perkenalan dan percintaan adalah sesuatu kenangan indah yang di rasai dengan lebih gembira.
Lazimya, setiap makluk yang bernyawa ri muka bumi ini telah di tetapkan berpasang - pasangan, agar masing - masing dapat melengkapi antara satu sama yang lain.
Penyatuan antara insan atau jodoh boleh di bahagian kepada tiga (3) jenis jodoh berdasarkan dalam islam, antaranya berikut;
- Pertama: Jodoh dari Syaitan
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
- Kedua: Jodoh dari Jin
Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
- Ketiga: Jodoh dari Allah SWT
Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)
Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita.
muttaqiah Jenis Jodoh Menurut Islam |
Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
Memahami -
Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.
Memaafkan -
Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumah tangga.
Memotivasikan -
Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
0 Comments