Masjid Al-Kauthar Tawau atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid yang terletak di Tawau, Sabah, Malaysia. Ia merupakan Masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan kawasan laut di Jalan Traulsen atau Jalan Persisir. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.
Keunikan Masjid Al-Kauthar adalah pada seni binanya. Kubahnya yang berwarna hijau dengan dihiasi warna keemasan membuatkan Masjid ini sangat dikenali khususnya di Daerah Tawau.
Bahagian dalam Masjid iaitu di ruangan solat sangatlah luas dan di bahagikan kepada tiga tingkat. Tingkat bawah dan satu adalah untuk jemaah lelaki, manakala di tingkat dua adalah khusus untuk jemaah perempuan.
Kemudahan berwuduk juga terdapat tiga, yabg mana satu daripadanya adalah tertutup dan khusus untuk golongan perempuan sahaja. Manakala yang dua serta ruangan terbuka adalah untuk kaum lelaki.
Dalam pada itu, Masjid ini juga ditengkapi dengan kamera perakam dan ruangan solat yang berkapet. Selain kipas angin yang berkuasa tinggi, ruangan solat Masjid Al-Kauthar sentiasa sejuk dan dingin kerana pembinaan silingnya yang tinggi membuatkan ruangan udara luar meresap menyelubungi Masjid dengan mudah, tambahan lagi Masjid ini terletak di tepian lautan.
Selain daripada itu, Masjid Al-Kauthar juga menyediakan kemudahan parking kenderaan yang banyak dan selesa. Masjid ini juga memberi peluang kepada peniaga - peniaga kecilan untuk berniaga di kawasan lapang iaitu salah satu lokasi di belakang Masjid.
Panorama Masjid Al-Kauthar Tawau |
Sejarah Awal Pembinaan Masjid-Alkauthar.
Pembinaan Masjid Al-Kauthar telah menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.
0 Comments