Lazimnya setiap kali pergi membeli bela di supermarket atau butik pengantin bagi mereka yang ingin berkhawin sudah pasti akan mencuba pakaian yang di pilih terlebih dahulu sebelum membelinya.
Kesesuaian pakaian yang dipilih dan telah di cuba, pastinya memberi kepuasan apabila telah di cuba di bilik persalinan atau fitting room.
Dalam masa sama, fitting room adalah berbeza - beza, khususnya dari aspek keselamatan. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan jenayah cctv yang adakalanya di pasang di fitting room tanpa disedari.
Tip Cuba Baju Di Fitting Room Butik Atau Mall |
Oleh itu, terdapat beberapa tip yang boleh di ambil dan dilakukan, sebelum mencuba pakaian di fitting room, antaranya;
Tip Cuba Baju Di Fitting Room Butik Atau Mall
- Periksa terlebih dahulu sekeliling fitting room, tepi, lantai, bahagian atas dan audut - sudut tepi sebelum mencuba baju yang ingin di cuba.
- Sudut paling di tumpuan adalah bahagian cermin, oleh itu periksa dengan teliti. Hal ini kerana, cermin adalah paparan utama yang mana seseorang dalam fitting room akan menghadap cermin.
- Lihat bumbung, adakah fitting room berkenaan beratap atau tidak jika tidak pastikan apabila mencuba pakaian jgn pandang ke atas. Namun jika ragu - ragu, baiknya keluar sahaja.
- Jika fitting room ada lampu, matikan lampunya terlebih dahulu, bagi memastikan tidak ada klip - klip kelihatan. Jika terdapat klip - klip di bahagian tersembunyi, itu adalah pemancar kamera yang sengaja di letakkan bagi merakam seseorang yang mencuba pakaian d fitting room. Tindakan bijak, haruslah melaporkannya.
0 Comments