Makan di restoran adalah menyenangkan tugas daripada tidak memasak di rumah setelah kembali daripada bekerja. Ia biasa berlaku kepada individu yang bekerja waktu pejabat dan juga secara bergilir atau berjadual.
Perbuatan makan di restoran sememangnya berisiko kerana faktor kebersihan restoran dan juga jumlah kandungan bahan perasa pada makanan.
Oleh yang demikian, berikut adalah antara tindakan atau tip makan di restoran agar makanan yang di makan terjamin dan di yakini bersih bagi kesihatan anggota badan, antaranya:
- Baca doa apabila memasuki restoran yang dituju.
Lazimnya sebelum keluar rumah adalah baik mbaca doa demi keselamatan di sepanjang perjalanan. Demikianlah juga apabila hendak memasuki restoran adalah wajar membaca doa, agar restoran yang dimasuki terjamin kebersihan dan makanan yang halal.
- Sebelum membuat pesanan lihat sekeliling persekitaran restoran.
Apabila berada ditempat duduk, dan sebelum membuat tempahan makanan minuman, adalah penting untuk melihat sekeliling restoran samaada selamat dan bersih daripada sebarang kekotoran atau sampah.
- Lihat kebersihan para pekerja restoran.
Dalam masa sama, lihat juga kebersihan para pekerjanya, samaada mengamalkan kebersihan semasa bertugas, atau sebaliknya.
- Sengajakan pergi le tandas, dengan melalui bahagian dapur restoran.
Setelah daripada itu, apabila berada di dalam restoran, lakukan tindakan bijak untuk ke tandas sambil melihat keadaan dupur restoran, bagi memastikan kebersihan keadaan dapur dan pekerjanya semasa memasak.
Tindakan sedemikian iaitu memeriksa serta meneliti restoran yang dituju adalah sangat penting agar keyakinan dan semangat makan bertambah baik, tanpa adanya was - was.
0 Comments