Doa Terhindar Dari Bala Bencana

Doa Terhindar Dari Bala Bencana

Bencana alam adalah satu fenomena yang tidak dapat di elakkan akan kejadianya. Ia akan berlaku pada bila - bila sahaja mengikut izin yang maha kuasa (Allah swt).

Penggunaan peralatan canggih, hanya boleh membantu dan meramal kejadian bencana alam. Oleh itu, marilah kita sentiasa waspada terhadap kejadian alam dengan lebih banyak melakukan amal ibadah yang membawa kepada keamanan dan kesejahteraan bersama sekalian alam.



Doa Terhindar Dari Bala Bencana



Justeru itu, berikut adalah doa terhindar daripada bala bencana dalam bahasa arab latin, untuk perkongsian bersama.


Bismillahirrohmannirrohim.

“Allahummadfa’ ‘annal ghalaa’a wal wabaa’a wal fahsyaa’a wal munkara was suyuufal mukhtalifata wasy syadaa’ida wal mihana maadhahara minhaa wa maabaathana. Mim balaadinaa khaassataw wa min buldaanil muslimiina ‘aammatan. Innaka ‘alaa kulli syai’in qadiir.”


Terjemahannya

Ya Allah, hindarkanlah diri kami kekurangan, cubaan hidup, penyakit-penyakit, wabak, perbuatan-perbuatan keji dan mungkar, ancaman-ancaman yang beraneka ragam, perkara pelik dan segala ujian, yang lahir maupun batin dari negeri kami ini pada khususnya dan dari seluruh negeri kaum muslimin pada umumnya, karana sesungguhnya engkaulah yang berkuasa keatas segala sesuatu di muka bumi ini.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan