Rumah tangga atau erti kata lain, masjid atau mahligai yang dibina atas dasar kasih dan sayang serta rezeki Ilahi adalah satu mahligai yang penuh dengan kebahagian dan kemurnian.
Ia adalah satu sunnah Nabi Muhammad saw yang patut di ikuti oleh sekalian makluk, khususnya yang bernama manusia.
Dalam pada itu, sesbuah mahligai yang indah, tidak akan terlepas dari gangguan dan hasutan syaitan dan iblis, yang mana berusaha merosakkan atau meruntuhkan mahligai berkenaan.
Lazimnya terdapat pelbagai corak dan bentuk atau punca keretakan rumah tangga, antaranya adalah berikut;
- Pertama.
Kurangnya didikan dan pengetahuan terhadap aspek atau skop agama dan juga kekeluargaan secara terperinci
- Kedua.
Kewujudan orang ketiga yang sengaja atau secara tidak sengaja dalam sesebuah keluarga, apatalagi dengan niat hendak menjalinkan ikatan dengan salah seorang dalam keluarga berkenaan.
- Ketiga.
Mahligai yang dibina tidak ada tujuan khusus, atau mengikut sunnah Rasulullah, dan hanya sekadar suka - suka atau erti kata lain memgikut rakan yang lain.
0 Comments