Soalan Lazim Pendigitalan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu JPJ

Soalan Lazim Pendigitalan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu JPJ

Soalan Lazim Pendigitalan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu JPJ antaranya berikut;


Soalan Pertama.

Adakah wajib untuk memuatnaik aplikasi ‘MyJPJ’?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk ‘road tax’ dan lesen memandu.


Soalan kedua.

Kalau tak dapat memuat naik aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital roadtax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.


Soalan ketiga.

Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tidak perlu ditampal.


Soalan keempat.

Kalau warga emas yang tidak memiliki telefon pintar dan kawasan yang tiada talian internet bagaimana? 

Jangan bimbang, format digital bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.


Soalan kelima.

Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan. Pihak penguatkuasa akan semak butiran dalam gajet mereka.


6. Mengapa saya tak dapat melog masuk MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.




Soalan Lazim Pendigitalan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu JPJ 


Justeru daripada itu, sebarang pertanyaan tentang perkara ini, boleh salurkan maklumat kepada alamat emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ iaitu 03-27242522.



Kebaikan Pendigitilan Cukai Jalan Dan Lesen Memandu.

  • Menjimatkan masa dan tenaga
  • Tidak perlu bersesak dan berbaris serta menunggu lama untuk berurusan secara fizikal 
  • Urus niaga dapat dilakukan dengan mudah, pantas dan berkesan
  • Maklumat yang didaftarkan adalah seratus peratus tepat, kerana ia di keyin oleh diri sendiri
  • Keselamatan dan kerahsiaan maklumat diri lebih selamat kerana dapat di ekses secara terus menerusi applikasi 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian