Tip Rumah Tangga Bahagia Hingga Jannah

Tip Rumah Tangga Bahagia Hingga Jannah

Tip Rumah Tangga Bahagia Hingga Jannah


Rumah tangga adalah satu mahligai masjid yang indah hasil daripada penyatuan insan bernama manusia lelaki dan perempuan.

Terbinanya masjid yang sah berdasarkan hukum syarak sudah pasti memberikan kesan nikmat yang baik dan mulia kepada kedua pasangan. 

Sememangnya antara dua pihak, sudah pasti tidak kenal mengenali antara satu sama lain, melainkan dengan bersama. Oleh itu baik buruk perlulah di hadapi dan diterima dengan rasa syukur.

Berikut adalah antara beberapa tip rumah tangga bahagia hingga jannah yang bermanfaat dan boleh digunapakai demi kualiti kekeluargaan yang baik.


Tip Rumah Tangga Bahagia
Hingga Jannah



Tip pertama.

Tanamkan sifat kasih dan sayang dalam diri antara satu yang lain (suami dan isteri).


Tip kedua.

Sentiasa bekerjasama antara satu sama lain dalam apa juga perkara.


Tip ketiga.

Saling caya mempercayai antara satu sama lain dalam apa juga perkara yang dikongsikan, baik negatif ataupun positif.


Tip keempat.

Sentiasa mendahulukan atau mengutamakan pasangan dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Perlu perbincangan bersama sentiasa.


Tip keempat.

Elakkan daripada mengeluarkan kata - kata negatif atau buruk yang boleh menimbulkan persengketaan antarabsatu sama lain.


Tip kelima.

Sentiasa bertoleransi dalam sebarang perkara yang dilakukan dengan corak atau perlakuan yang harmoni.


Tip keenam.

Sentiasa mengerjakan amal ibadah khususnya solat secara berjemaah di rumah agar susana lebih tenang dan gembira.


Tip ketujuh.

Sentiasa bersyukur terhadap nikmat dan rahmat kuniaan Allah swt dengan penuh khusyuk dan tawaduk.


Tip kelapan.

Elakkan daripada bersangka buruk secara melulu antara satu sama lain pasangan yang boleh membawa kepada kemudaratan masjid yang telah dibina.


Tip kesembilan.

Perbanyakkan amal ibadah, serta sentiasa nasihat menasihati antara pasangan dengan sikap terbuka secara positif.


Tip kesepuluh.

Perbanyakkan sentiasa bersama sepanjang masa agar keakrafan dan keintiman lebih terjalin dengan lebih mantap.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian