Biodata Imam Syafie

Biodata Imam Syafie

Biodata Imam Syafie


Sepintas lalu,

Imam Syafie merupakan pengasas mazhab syafie yang menjadi rujukan utama bidang fikah di khususnya di negara Malaysia. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar dalam dunia islam.

Awalnya nama Imam Syafie dinisbahkan daripada keturunan beliau. Nama sebenarnya ialah Muhammd bin Idris bin al-Abbas, bin Usman, bin Syafi’ bin as-Saib bin Ubai. Syafi’ ialah moyang Imam Syafie dan bermula dari itu beliau digelarkan dan seterusnya dinamakan Imam Syafie.

Ketokohan beliau juga diakui oleh ribuan ulama sama ada sezaman atau selepasnya. Sehinggalah Imam Ahmad (pengasas mazhab hanbali) pun menyebut bahawa beliau merupakan insan yang terpilih untuk membawa reformasi dalam pemikiran fikah agama ini seperti yang disabdakan oleh

Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafie berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafie.

 

 

wikipedia

Biodata Imam Syafie



Sejarah Kelahiran Dan Kehidupan Imam Syafie

Beliau berasal daripada keturunan Quraisy. Nasab beliau bertembung dengan nasab Baginda Nabi S.A.W di jalur Abd Manaf. Sejarah awal penempatan Imam Syafie adalah Kota Makkah, tetapi dilahirkan di Gaza, Palestin pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi. Ayah beliau meninggal dunia sewaktu beliau berumur 2 tahun. Selepas itu Ibu beliau membawa beliau pulang kembali ke Kota Makkah dan tinggal bersama kabilah huzail iaitu kabilah yang sangat fasih dalam sastera bahasa Arab. Disebabkan Imam Syafie tinggal bersama Kabilah Huzail lebih daripada 15 tahun lamanya, beliau dapat membesar sebagai tokoh bahasa arab yang terbilang di Makkah.

Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafie berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafie.

Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafie adalah al-Mutallib adalah bapa moyang kepada Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad S.A.W setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.

Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafie kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina,

Keilmuan Imam Shafie menarik perhatian gabenor Yaman yang sedang mengerjakan haji di Makkah. Ketika itu Imam Syafie berusia 30 tahun. Gabenor Yaman mempelawa Imam Syafie untuk menjadi qadhi di Yaman. Kerjaya Imam Syafie berjalan dengan baik. Bagaimana pun, perkhidmatan Imam Syafie ini berjangka hayat pendek. Terbukti Imam Syafie adalah seorang qadhi yang adil, tetapi beliau tidak lama kemudian tersangkut dalam pertelingkahan dan perselisihan tempatan yang bukan sahaja menyebabkan Imam Syafie bukan sahaja kehilangan jawatan malah diheret dengan rantai ke Iraq atas tuduhan menyokong Imam Zaydiyyah Yahya ibn Abdullah yang menjadi saingan kepada khalifah Abbasiyyah. Imam Syafie dibawa ke hadapan khalifah Harun al-Rashid di al-Raqqa, Iraq bersama-sama tawanan-tawanan lain pada tahun 187H/803M. Tawanan-tawanan lain dihukum bunuh tetapi Imam Syafie diampunkan setelah beliau berjaya membuktikan kesetiaannya kepada khalifah. Dikatakan bahawa faqih mazhab Hanafi yang terkenal, Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani yang hadir ketika itu juga membela Imam Syafie. Dikatakan khalifah Harun berasa sukacita dengan penghujahan Imam Syafie dan kemudiannya menjadi penaung beliau. Selepas insiden ini, Imam Syafie makin rapat dengan al-Shaybani dan makin giat menumpukan kepada pembelajaran fiqah dan tidak lagi terlibat dalam perkhidmatan kerajaan.

Pada tahun 188H/804M, Imam Syafie meninggalkan Iraq dan melalui Harran dan Syria lalu ke Makkah. Imam Syafie kembali ke Baghdad pada tahun 194H/810M. Pada tahun 198H/814M, Imam Syafie meninggalkan Iraq lalu menuju ke Mesir atas jemputan Abdullah ibn Musa. Pada tahun itu juga al-Ma'mun menjadi khalifah setelah menewaskan saudaranya al-Amin setahun yang lalu.

Di Mesir, Imam Syafie mempunyai hubungan yang baik dengan gabenor Mesir. Di Mesir, beliau mengabdikan diri pada pengajaran dan penulisan. Antara murid-muridnya di Mesir adalah al-Rabi' ibn Sulayman al-Muradi, Abu Ya'qub al-Buwayti dan Abu Ibrahim Ismail ibn Yahya al-Muzani. Mereka ini banyak mencatat kata-kata Imam Syafie. Di akhir hayat Imam Syafie, beliau terlibat dalam perdebatan dengan seorang pengikut mazhab Maliki di Mesir yang bernama Fityan. Fityan yang kalah dalam perdebatan dengan Imam Syafie berasa tidak puas hati lalu mencaci Imam Syafie. Gabenor yang menjadi penaung Imam Syafie mengarahkan Fityan diarak di jalan-jalan sambil memegang sekeping papan yang bertulis 'inilah hukuman kerana mencaci keturunan saudara terdekat Nabi'. Marah dengan hukuman itu, teman-teman Fityan menyerang Imam Syafie seusai beliau mengajar. Imam Syafie cedera parah lalu dibawa ke rumahnya di Fustat. Beberapa hari kemudian iaitu 30 Rejab 204H/820M, beliau meninggal dunia. Beliau dimakamkan di perkuburan Bani Abd al-Hakam berdekatan Gunung al-Muqattam. Pada tahun 608H/1212M, sultan Ayyubiyyah Mesir, al-Malik al-Kamil membina sebuah kubah di atas makam Imam Syafie yang masih wujud sehingga ke hari ini dan sentiasa dilawati pengunjung.

 

 

Kitab – kitab karangan imam syafie

1. Ikhtilaf al-Hadits. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie untuk membincangkan tentang kehujahan hadis ahad secara khusus. 

2. Al-Hujjah. Kitab ini ditulis ketika beliau mengajar di Baghdad, Iraq

3. Al-Mabsuth. Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie yang menghimpun beberapa tambahan dalam ilmu fiqh.

4. Al-Umm. Ini merupakan karya Imam Al-Syafie sewaktu beliau mengajar di Mesir. Kitab inilah yang membentangkan Qaul Jadid (pendapat baru) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.

5. Al-Risalah. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie atas memenuhi permintaan Abdurrahman bin Mahdi.

 

  

Guru – guru Imam Syafie terdiri daripada kalangan mufti, kadi, ulama hadis, ulama fikah.

Dari Makkah

  1. Sufyan bin ‘Uyainah
  2. Muslim bin Khalid Az-Zanji
  3. Sa’id bin Salim Al-Qaddah
  4. Daud bin Abd Rahman Al-‘Aththar.
  5. Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Daud.

Dari Madinah

  1. Malik bin Anas
  2. Ibrahim bin Sa’d Al-Ansari
  3. Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi
  4. Ibrahim bin Yahya Al-Aslami
  5. Muhammad bin Sa’id
  6. Abdullah bin Nafi’ ash-Shaigh

Dari Yaman

  1. Muthraf bin Mazin
  2. Hisyam bin Yusuf.
  3. Umar bin Abi Salamah
  4. Yahya bin Hasan

Dari Iraq

  1. Waki’ bin Al-Jarrah
  2. Abu Usamah Hamad bin Usamah
  3. Ismail bin ‘Aliah
  4. Abdul Wahab bin Abdul Majid

 

 

Anak – Anank Murid Didikan Imam Syafie

Di Mekah:

  1. Abu Bakar Al-Humaidi.
  2. Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad Al-‘Abbasi.
  3. Abu Bakar Muhammad bin Idris.
  4. Abu Al-Walid Musa bin Abu Al-Jarud.

Di Baghdad:

  1. Abu al-Hasan Ash-Shabbah Az-Za’farani.
  2. Abu Ali Al-Husain bin Ali al-Karabisi.
  3. Abu Tsaur Al-Kalbi
  4. Abu Abdurrahman Ahmad bin Muhammad bin Yahya Al-Asy’ari.
  5. Ahmad bin Hanbal.

Di Mesir:

  1. Harmalah bin Yahya Bin Harmalah.
  2. Abu Ya’qub Yusuf bin Yahya Al-Buwaithi.
  3. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzani.
  4. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam
  5. Al-Rabi’ bin Sulaiman bin Daud Al-Jaizi.
  6. Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi

 


Kewafatan Imam Syafie

Imam Syafie menghidapi penyakit buasir yang tidak dapat ditemui penawarnya pada ketika itu. Walaupun beliau seorang yang alim dalam bidang perubatan, beliau tidak dapat lari daripada menderita sakit. Antara perkataannya yang terkenal

“Alangkah ruginya umat islam pada zaman ini, kerana telah membiarkan ilmu perubatan dipelopori oleh Yahudi dan Nasrani. Aku tidak mengetahui satu ilmu yang lebih baik selepas ilmu halal dan haram melainkan perubatan.”

Akhirnya, beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Mesir pada tahun 204 Hijrah pada malam jumaat dan dikebumikan selepas asar keesokkan harinya. akumuslim.

 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia