Doa Pembuka Majlis Bengkel

Doa Pembuka Majlis Bengkel

BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHIM.


Alhamdulillahi Robbil A’lamin, Hamdan Hamidin,

Hamdan Syakirin, Hamdan Yuwafi Ni’ Mahu Wayukafiu Mazidah 

Ya Robbbana Lakal Hamdu Kama, Yambaghi Lijalali 

Wajhikal Karim, Waa’zimi Sultonik


Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Waala Alhi Wasobbihi Wabarik Wasallam



Doa Pembuka Majlis Bengkel



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dalam Bengkel Pemerkasaan Pejabat Kami yang telah dirancang dan dilaksanakan selama dua hari di Hotel Grandis ini. Semoga bengkel selama dua hari ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredhanmu serta inayamu. 


Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,

Sepanjang bengkel ini, sihatkanlah sentiasa rohani jasmani kami, akal fikiran kami, bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan ini.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan amanah yang diberikan kepada kami. Semoga segala usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatanmu.


Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan meningkatkan lagi amalan ibadah kami. Kami memohon kehadratMu semoga Engkau jadikan Bengkel ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain, dan hasilnya mendapat kelulusan yang baik dari pihak pengurusan tertinggi. 


Robbana taqobbal minna, innaka antas-sami’ul-‘alim.

Wa tub ‘alaina, innaka antat-tawwabur-roḥim.


Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina ‘adzabannar


Subhana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun wa salamun ‘alal mursalin wal hamdulillahi rabbil ‘alamin,



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia