Doa Pembuka Majlis Tazkira Ramadan Dan Bacaan Yassin

Doa Pembuka Majlis Tazkira Ramadan Dan Bacaan Yassin

BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHIM.


Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu

Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal

Mursalin wa’ala alihi

Wasahbihi ajma’in

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Waala Alhi Wasobbihi Wabarik Wasallam



Doa Pembuka Majlis Tazkira Ramadan Dan Bacaan Yassin



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim

Hanya pada Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat Mu.

Bersempena dengan Majlis Tazkirah Ramadan dan Bacaan Yasin pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara.


Ya Munzilal Barakat 

Kami memohon kepada Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan meningkatkan lagi amalan ibadah kami.


Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kami memohon kekuatan dari hadrat Mu, supaya kami yang hadir pada hari ini, dan juga yang mengikuti secara atas talian, agar dapat melaksanakan segala kebajikan dan amal ibadah dengan baik dan mendapat keredhanmu.


Kami pohon perlindungan denganmu daripada melakukan keburukan. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut. Serta muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


Robbana taqobbal minna, innaka antas-sami’ul-‘alim.

Wa tub ‘alaina, innaka antat-tawwabur-roḥim.


Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina ‘adzabannar


Subhana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun wa salamun ‘alal mursalin wal hamdulillahi rabbil ‘alamin,


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia