Keburukan Curang

Keburukan Curang

Curang adalah salah satu kata nama am yang membawa maksud kepada perbuatan yang tidak jujur terhadap pasangan, baik kepada suami ataupun isteri.

Dalam erti kata lain, curang merujuk kepada satu tindakan yang dilakukan samaada secara fizikal atau maya, dengan mengadakan satu jalinan dengan orang lain. Contoh jelas seperti, satu pasangan suami isteri yang sah di ijab kabulkan, namun salah seorang daripadanya atau dua - dua, samaada suami atau isteri mengadakan ikatan dengan orang lain atau pihak ketiga.

Dalam kamus carian dewan bahasa dan pustaka, curang membawa maksud;

Maksud pertama; Tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati. Maksud kedua; Tidak setia (khianat) kepada suami (isteri, tunangan dan sebagainya) dengan menjalin hubungan cinta dan sebagainya dengan orang lain. 
Mencurangi bermaksud, menipu, membohongi, me­ngakali; Ertikata lain, berlaku tidak setia kepada (suami, isteri dan sebagainya).


Terdapat banyak keburukan jika melakukan perbuatan curang, antaranya;



Keburukan Curang




Mendapat ganjaran dosa yang tidak terhingga daripada maha kuasa.


Pergaduhan antara suami isteri (pasangan) akan berlaku dan boleh membawa kepada perpisahan atau perceraian.


Jika ada anak, secara langsung ia akan memberi kesan kepada mereka, dari segi emosi yang mana membawa kepada tekanan dan kemurungan.


Kehidupan keluarga tidak harmoni  dan sentiasa diselubungi dengan perbalahan dan kegelapan.


Membuka aibs, dan secara langsung diketahui masyarakat ramai, dan kebarangkalian akan menjadi aspirasi atau contoh kepada mereka untuk mengikutinya. Sekiranya situasi sedemikian berlaku, ia boleh menyebabkan satu masyarakat yang tidak lagi harmoni, dan perbalahan serta perpecahan antara satu sama lain.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan