Rasuah adalah salah satu perbuatan yang dilakukan secara tersembunyi dan melibatkan lebih daripada seorang. Ia berlaku apabila terdapat insentif atau habuan dinikmati oleh salah seorang atau kedua belah pihak.
Lazimnya perbuatan rasuah akan terjadi apabila seseorang menawarkan sesuatu perkara kepada umum dan dalam masa terdapat seseorang atau lebih diantaranya yang menerima perkara berkenaan dan dalam masa sama menawarkan sesuatu agar perkara yang ditawarkan itu diperolehinya atau dapat dimilikinya.
Kaedah ini selalunya berlaku apabila melibatkan sesuatu jualan atau projek, samaada secara berterusan atau one off sahaja.
Justeru itu, perbuatan seumpama ini adalah tidak telus dan pasti akan memberikan kesan negatif di masa - masa yang mendatang.
Keburukan Rasuah |
Lantaran daripada itu, terdapat banyak keburukan rasuah, antaranya berikut:
- Pada sudut keagamaan, sudah pasti akan mendapat ganjaran dosa daripada yang maha esa, kerana sumber rezeki yang diperolehi adalah tidak halal.
- Mendapat balasan di dunia, yang mana akan di siasat dan jika sabit kesalahan pasti akan mendapat hukuman penjara atau denda, berdasarkan pada undang - undang pihak berkuasa.
- Mendapat kehidupan yang sebah mewah, namun sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat sekeling kerana sumber yang diperolehi disangki tidak telus.
- Hati dan perasaan akan terasa gelisa dan gundah kerana adakalanya di selebungi ketakutan atas kesalahan yang dilakukan.
- Generasi keturunan akan menikmati dan memakan sumber yang haram atau tidak telus dari zaman ke zaman.
- Boleh menyebabkan perpecahan dan pergaduhan ummat, gara - gara perebutan harta benda menerusi jalan yang tidak betul. Ketidakpuas hati, tindakan siasat menyiasat akan dilakukan, dan boleh mengundang kepada perbalahan dan permusuhan.
0 Comments