Mutiara Kata Hari Khamis
- Pertama.
Jadikanlah diri anda sebagai insan yang berguna kepada diri anda sendiri, dan juga keluarga anda, walau dalam apa sekali keadaan.
- Kedua.
Janganlah anda mensia - siakan hidup anda sepanjang anda diberi peluang dan ruang yang ada.
- Ketiga.
Sentiasalah memperbanyakkan bertanya sekiranya tidak mengetahui akan perkara berkenaan. Ini kerana, tidak semua yang lahir itu terus mengetahui akan semua perkara di dunia.
Mutiara Kata Hari Khamis |
- Keempat.
Tingkatkanlah diri anda daripada yang baik kepada yang lebih baik dan bermanfaat kepada keluarga serta masyarakat.
- Kelima.
Jauhilah daripada mengikuti insan - insan yang gemar kepada kemaksiatan. Namun, ajaklah mereka kepada perkara - perkara kebaikan yang bermanfaat.
0 Comments