Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas

Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas

Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas, adalah salah satu tempat riadah untuk masyarakat awam.

Kawasanya yang strategik, bersih dan sangat selesa serta selamat dikunjungi. Taman rekreasi teluk likas sering mendapat sambutan daripada orang ramai dari pelusuk kawasan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu Sabah.



Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas



Lokasi taman ini terletak di Likas dan berdekatan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Taman rekreasi teluk likas dilengkapi dengan mudahan seperti track berjoging atau berjalan kaki, berbasikal, kerusi untuk bersantai, playground untuk kanak - kanak, tandas awam, gerai - gerai makan minum dan basikal sewa. 

Selain itu, kawasan taman ini terletak di tepi laut dan dan membentuk melengkung atau seperti teluk.  Laluan berjoging yang disediakan sangat memuaskan dan lebih daripada 3 kilometer yang mana menghubungkan  dari jembatan likas hingga ke Sabah International Convention Centre (SICC). 



Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas



Taman rekreasi teluk likas sering di selenggara dan di selia oleh pihak berwajib agar kawasan berkenaan setiasa selesa dan selamat untuk dikunjungi oleh orang ramai. Selain kemudahanya yang percuma, gerai - gerai yang berada di sana diusahakan oleh rakyat tempatan dengan menjual pelbagai juadah makanan dan minuman yang menyelerakan.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan