Permohonan Sijil Apel di UMS

Permohonan Sijil Apel di UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah salah satu pusat pengendali Apel khususnya bagi Apel-A. Sijil Apel-A adalah salah satu sijil yang boleh digunakan untuk memohon atau mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana di Universiti Awam di Malaysia.


plums

Permohonan Sijil Apel di UMS 




Definisi tentang APEL ialah Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia ditakrifkan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan pengenalpastian, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu. APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara amnya, penilaian APEL melibatkan penilaian pengetahuan yang diperoleh seseorang melalui pendidikan formal atau melalui pengalaman terdahulu.


Definisi Sijil APEL-A

APEL ditubuhkan untuk menyediakan kemasukan alternatif kepada mereka yang mempunyai pendidikan kurang formal yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. APEL menggalakkan individu untuk meningkatkan pengetahuan mereka secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan rasmi. Ini seterusnya akan memberikan peluang yang lebih baik dalam perkembangan kerjaya individu tersebut.

APEL memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik formal untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, pengetahuan yang diperoleh melalui pendidikan formal dan pengalaman bekerja akan dinilai dalam penilaian APEL. Pada masa ini, APEL di Malaysia hanya boleh digunakan sebagai syarat kemasukan untuk peringkat kelayakan berikut;

Tahap 6 MQF (Ijazah Sarjana Muda); dan
Tahap 7 MQF (Ijazah Sarjana).




Sila klik pautan dibawah untuk membuat permohonan Apel-A;

👉 MOHON




Dalam pada itu, maklumat lanjut boleh layari laman we Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) atau hubungi pejabat berkenaan pada talian seperti yang tertera di laman web jabatan berkenaan. Sumber: Plums.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia