Malam Lailatul Qadar adalah malam yang indah dan memberikan banyak kelebihan berlipat kali ganda. Malam berkenaan hanya wujud di bulan Ramadan.
Malam yang sangat dinantikan oleh
umat Islam kerana malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. Bertuahlah dan
beruntunglah kepada kita yang dapat menemui malam tersebut.
Tanda - Tanda Malam Lailatul Qadar |
Antara tanda-tanda malam Lailatul
Qadar sebagaimana yang disebut dalam hadis iaitu:
- Pertama:
Pada 10 malam terakhir Baginda
s.a.w. akan melipat gandakan amal ibadahnya. Sebagaimana sabda Baginda s.a.w.
- Kedua:
Carilah Lailatul Qadar pada
sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan. HR Bukhari
- Ketiga:
Carilah lailatul Qadar di malam
ganjil dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadan. HR Bukhari
- Keempat:
Lailatul Qadar adalah malam yang
terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin
kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan
meteor bagi syaitan). HR Thabrani
- Kelima:
Kami pernah berbincang tentang
Lailatul Qadar di sisi Rasulullah s.a.w. beliau berkata, -Siapakah dari kalian
yang masih ingat tatkala bulan muncul yang berukuran separuh nampan- HR Muslim
- Keenam:
Keesokan hari malam Lailatul
Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang. HR Muslim
0 Comments