Tanggungjawab Suami Kepada Isteri Menurut Islam

Tanggungjawab Suami Kepada Isteri Menurut Islam

Rumah tangga yang bahagia adalah idaman setiap insan yang telah berkahwin secara sah mengikut hukum islam.

Kehidupan bersama adalah amat berbeza dengan kehidupan bersendirian. Ia bukan sahaja bahagia, malahan terdapat juga pro dan kontra khususnya kepada kesepakatan dalam tanggungjawab bersama.




Tanggungjawab Suami Kepada Isteri Menurut Islam 




Berikut adalah antara tanggungjawab seorang suami kepada isteri mengikut islam, iaitu;

  • Pertama.
Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat di duduki. Tempat tinggal adalah merujuk kepada rumah, samaada di beli ataupun disewa.


  • Kedua.
Menyediakan makanan dan minuman yang bersih dan halal. Sumber makanan yang diperolehi dengan cara yang baik dan mencukupi untuk keperluan harian.


  • Ketiga.
Menyediakan pakaian dan perhiasan yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan. Pakaian yang di pakai dan elok dipandang dan menutup aurat serta tidak menjolok mata


  • Keempat.
Menyediakan perubatan untuk kesihatan yang baik. Keperluan perubatan, sebagai contoh perlindungan insuran perubatan yang bersesuaian, atau mengikut kemampuan serta kesepakatan bersama.


  • Kelima.
Menyediakan pembantu, jika perlu dan berkemampuan dan kesepakatan bersama. Pembantu adalah merujuk kepada orang lain yang di gajikan untuk membantu kerja - kerja isteri, khususnya kerja rumah.
Namun demikian, jika ia tidak diperlukan dan kesanya membebankan kewangan, dan lagi kerja - kerja rumahtangga dapat dipikul bersama, keperluan pembantu adalah mengikut keselesaan dan  kesepakatan bersama.






Selain daripada itu, suami jug aperlu memberi nafkah wang walau sedikit mana sekalipun untuk isteri setiap bulan. Walau hanya mampu memberi RM10 sahaja, asalkan diberi kepadanya. Ini adalah supaya keberkatan wujud dalam rumah tangga.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah An-Nisa: 19). beanahomequran.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan